visit


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday 20 January 2012

cinta tu perasaan ....

Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setetes embun yang turun dari langit, bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus, tumbuhlah oleh karena embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur, di sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji. Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat. Tanda cinta kepada Allah adalah banyak mengingat (menyebut) Nya, karena tidaklah engkau menyukai sesuatu kecuali engkau akan banyak mengingatnya. Aku tertawa (heran) kepada orang yang mengejar-ngejar (cinta) dunia padahal kematian terus mengincarnya, dan kepada orang yang melalaikan kematian padahal maut tak pernah lalai terhadapnya, dan kepada orang yang tertawa lebar sepenuh mulutnya padahal tidak tahu apakah Tuhannya ridha atau murka terhadapnya. Sesungguhnya apabila badan sakit maka makan dan minum sulit untuk tertelan, istirahat dan tidur juga tidak nyaman. Demikian pula hati apabila telah terbelenggu dengan cinta dunia maka nasehat susah untuk memasukinya. Cintailah kekasihmu sekedarnya saja, siapa tahu nanti akan jadi musuhmu. Dan bencilah musuhmu sekedarnya saja, siapa tahu nanti akan jadi kekasihmu. Engkau berbuat durhaka kepada Allah, padahal engkau mengaku cinta kepada-Nya? Sungguh aneh keadaan seperti ini. Andai kecintaanmu itu tulus, tentu engkau akan taat kepada-Nya. Karena sesungguhnya, orang yang mencintai itu tentu selalu taat kepada yang ia cintai.

sejak dua menjak niee kekekekeke

assalamualaikum semuaa ..lama bebenor rsanya x update blog niee ..biasa laa bz sgt2 ..hehehe ...lgi pon x leh on9 sgt sejak daa berdua nie ..hehehe asik ilang je tuan blog niee kan kan kan ....hehehe apa2 pon x sbar menunggu ari bhagia ku ....bila tu tggu saja ..jengg ....jengg..jeng ..jengg ... ......rinduuu dia seadanyaa ..love u sygg ..........                                                                                                                                                  

Adakalanya

Adakalanya kita perlu menangis agar kita tahu hidup ini bukan sekadar utk ketawa.
Adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu mahalnya nilai AIR MATA.
Berterima kasih kepada org yg Menyakitimu kerana dialah yg mengajarmu erti tabah.
Berterima kasih kpd org yg x mengendahkanmu kerana dialah insan yg memupukmu berdikari.
Berterima kasih kpd org yg menjatuhkan kamu kerana dialah org yg memperhebatkanmu.
Berterima kasih kpd org yg menyiksamu kerana dialah jg yg menguji kesabaran dan ketabahanmu...

Wednesday 16 November 2011

cinta!!!!!!

jika anda ingin tahu sama ada anda telah jatuh cinta dengan seseorang, anda boleh mengetahui melalui perkara berikut: 


1. Anda tidak akan marah terlalu lama dan akan berusaha untuk mengawal kemarahan anda terhadapnya. 

2. Anda akan sentiasa merindui dia.


3. Apabila berjalan dengan dia, anda akan berjalan dengan perlahan. 


4. Anda akan tersipu-sipu malu apabila bersama dengannya.


 5. Apabila anda berfikir tentang dirinya, jantung anda akan berdegup pantas. 


6. Hanya dengan mendengar suaranya, anda akan tersenyum tanpa sebab.


 7. Apabila anda melihat dia, anda tidak akan peduli orang di sekeliling anda. Anda cuma melihat dia seorang.


 8. Anda akan mula mendengar lagu yang berirama balada.


 9. Dia sentiasa di fikiran anda. 10. Anda akan sentiasa terhidu baunya. 


11. Anda menyedari bahawa anda akan tersenyum apabila memikirkan tentang diri dia.


 12. Anda akan lakukan apa sahaja untuk dirinya. 


13. Apabila anda membaca ini, pada masa yang sama, ada seseorang di dalam fikiran anda.

LELAKI

 LELAKI: 

1. Akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan gadis yang dipuja dan mereka lebih sukakan gadis yang boleh mendatangkan cabaran buat mereka.

 2. Seorang pemikat yang terbaik,tetapi apabila berhadapan dgn seseorang gadis yg dipujanya,pasti lidah menjadi kelu. 


3. Lelaki yg betul-betul lelaki akan say NO kpd GAY!!


 4. Awas! Jgn ckp something yg tak elok tntg ibu si dia. Bagi seseorang lelaki,org yg paling disayangi ialah ibu! 

5. Sering memikirkan gadis yg meminatinya ttp jgn pelik sekiranya si dia tidak menyukai gadis tersebut. 


6. Lebih open minded especially hal yg berkaitan dgn diri mereka. Sbg contoh,kene kutuk ke. 


7. Lebih menyukai seorang gadis berdasarkan pemikiran,bukannya dari pakaian yg seksi ataupun paras rupa. 8. Tidak mngmbil berat tntg perkara yg remeh-temeh.

 9. Tidak mudah melupakan bekas kekasihnya walaupun setelah lebih 3 tahun bersama. 


10. Sering bertindak mengikut perasaan kalau takde pengalaman dlm percintaan. 


11. Ada kalanya lelaki boleh diibaratkan spt harimau kerana keberanian dan kegarangannya, Tetapi pada masa tertentu apabila berhadapan dgn gf/isteri dia boleh menjadi seekor kucing yg manja. 


12. Apabila seseorang lelaki cuba untuk bertenang di saat sedang berhadapan dgn situasi menyulitkan,cuba kamu perhatikan,si dia pasti nampak gelabah !

Thursday 27 October 2011

Pernikahan atau Perkahwinan

Pernikahan atau Perkahwinan

  •  Membuka tabir rahsia, Suami yang menikahi kamu, Tidaklah semulia Muhammad, Tidaklah setaqwa Ibrahim, Pun tidak setabah Isa atau Ayub, Atau pun segagah Musa, 
  • Apalagi setampan Yusuf Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman, Yang punya cita-cita, Membangun keturunan yang soleh solehah…
  •  Pernikahan atau Perkahwinan, Mengajar kita kewajiban bersama, Suami menjadi pelindung, kamu penghuninya, Suami adalah nakhoda kapal, kamu kemudinya, Suami bagaikan anak yang nakal, kamulah penuntun kenakalannya, Saat Suami menjadi Raja,kamu nikmati anggur singgahsananya, Seketika Suami menjadi bisa, kamulah penawar ubatnya, Seandainya Suami baran, sabarlah memperingatkannya Pernikahan atau Perkahwinan, Mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa, Untuk belajar meniti sabar dan redha, Karena memiliki suami yang tak segagah mana, Justeru kamu akan tersentak dari alpa, Kamu bukanlah Khadijah, yang begitu sempurna di dalam menjaga Pun bukanlah Hajar ataupun Mariam, yang begitu setia dalam sengsara Cuma wanita akhir zaman, yang berusaha menjadi solehah … ^_^..

Saturday 7 May 2011

šełαмαт ħαяı ıвυ

Orang kata aku lahir dari perut mak....
(bukan orang kata...memang betul)
Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku....mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan....mak

Bila sedih, aku mesti telefon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu....mak
Bila bengang, aku suka luah pada....mak
Bila takut, aku selalu panggil...."mmaaakkkk!"
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau....mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni....mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
Kalau balik ke kampung,
Yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku....mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak
Aku ada pasangan hidup sendiri....
Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....mak
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....mak
Bila sambut valentine....aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu....aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”
Selalu....aku ingat pasanganku
Selalu....mak ingat kat aku
Bila-bila....aku akan telefon pasanganku
Entah bila....aku nak telefon mak
Selalu....aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila....aku nak belikan hadiah untuk mak
Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... Bolehkah kau kirim wang untuk mak? Mak bukan nak banyak... Lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya.....
Tapi kalau mak sudah tiada.....
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya....
1) Tolong pergi kedai : RM2.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM5.00
Jumlah : RM16.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air m.ata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata, "Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya